Jumat, 14 September 2012

TERAPI RENANG & LES RENANG PRIVATE DI SEMARANG






PENGENALAN
Terapi hidro merupakan program rekreasi renang bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Pembalajaran (PPKP) yang memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang dangkal/cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

DEFINISI TERAPI HIDRO
Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-ototdan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, sertatidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalahtingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh rangsangan air secara semula jadi.Walau bagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takutdengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui berbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkandaya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapatdilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yangboleh dilakukan oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapatilebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaranbergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yangdiberi. Walaubagaimanapun, garis panduan adalah sama untuk semua, hanyapenyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.


Treatment renang untuk pemulihan kesehatan anda maupun keluarga :
- Emosi (kesabaran, ketenangan)
- Konsentrasi
- Keseimbangan (memaksimalkan otak kiri dan otak kanan)
- Kemandirian (usaha)
- Trauma
- Asma
- Artritis
- Autis
- Back pain
- Memar otot
- Chronic Fatigue Syndrome
- Diabetes
- Infertility
- Insomnia
- Shingles
- Stress Management
- Varicose Veins
- Obesitas

Pemandu  : Arif Kurniawan, S.Pd
Pekerjaan : Guru Olahraga SD ISLAMIC CENTER Hj. Isriati Baiturrahman 2, Semarang
Telp         : 085641460610